Tuesday, February 17, 2009

Bachelors - Ep 1 - Pindah Rumah Baru

Setelah hampir satu semester Amerju, Syamil, Fairuz dan Yus berdrama di rumah mereka di Sentul, mereka membuat keputusan untuk berpindah keluar dari rumah flat bertandas satu itu. Kenapa dan bagaimana mereka boleh berpindah dari Sentul ini tidak perlulah diceritakan dengan lebih lanjut. Ini bagi mengelak berlakunya timbul salah faham antara Y (Bukan nama sebenar) dengan SY (Bukan nama sebenar). Jadi diteruskan dengan perpindahan Amerju & Co ke rumah baru mereka iaitu di Penara, Bandar Sri Permaisuri. Selain dari Amerju & Co berpindah ke penara, mereka disertai oleh dua orang lagi iaitu Nai dan Asrul. Bertarikh 18/12/2008 sesi pertama perpindahan ke rumah baru bermula. Pada hari itu, Amerju, Fairuz dan Syamil serta dibantu oleh Asrul bertungkus-lumus untuk mengangkut kesemua barangan dalam rumah di Sentul dengan gigihnya. Ini kerana Amerju hanya membayar duit lori sahaja, tanpa pekerja-pekerja untuk mengangkut barang-barang yang berat dan banyak itu. Amerju, Fairuz dan Syamil begitu sibuk mengemas saki baki barangan yang masih tidak berbungkus dan dikemaskan sambil diperhatikan oleh Asrul yang menguap beberapa kali. Untuk menghilangkan rasa bosannya, Asrul mengambil sebatang kayu dan mencucuk punggung Amerju,
Fairuz dan Syamil sehingga mereka marah.

Malahan Syamil berkata, "Perbuatan mencucuk punggung orang adalah dilarang..."

Asrul membalas, "Aku peduli apa..."

Telefon slide kesayangan Amerju berbunyi. Pemandu lori bernama SV (Bukan nama sebenar) sudah pun sampai bersama dengan rakan-rakannya. Aktiviti mengangkat barang-barang untuk pindah bermula. Ketika Amerju & Co berpenat-lelah mengangkat barang-barang berat seperti TV Syamil, Gu Zheng Syamil, tilam Syamil, koleksi baju Superman Syamil dan sebagainya, SV dan rakan-rakan hanya memerhatikan kepenatan kami dengan perasaan selamba. Mungkin kerana beliau dan rakan-rakan tidak dibayar cas pengangkutan. Maka wajarlah mereka berbuat bodoh sahaja. Setelah beberapa kali turun naik di flat sambil diperhatikan oleh awek SY yang bernama SM (Bukan nama sebenar), akhirnya Amerju & Co berjaya menyelesaikan tugas sebagai pengangkut barang-barang yang berjaya. Amerju, Syamil dan Asrul mahu menumpang lori tersebut ke rumah baru mereka, tetapi malangnya SV dan rakan-rakan memberikan alasan mereka takut jika polis menahan mereka kerana membawa penumpang di belakang. Mungkin
bimbang jika Amerju, Syamil dan Asrul dicopkan sebagai pendatang asing walaupun muka mereka bertiga lebih kacak dari pelakon Hindustan, Indon dan sewaktu dengannya. Lantas, mereka bertiga mengambil keputusan untuk menaiki LRT STAR sahaja kerana berdekatan dengan rumah baru dan rumah di sentul. Oh ya, Fairuz tidak dapat menemani mereka kerana barang-barang beliau masih belum dikemaskan.

Ketika dalam LRT STAR, Asrul duduk bersebelahan dengan Syamil. Sementara Amerju duduk berhadapan dengan mereka. Bermulalah dialog mesra antara Asrul dan Syamil. Asrul cuba untuk mengenali Syamil dengan lebih dekat, walaupun Syamil memberikan amaran kepada Asrul dengan mengatakan dia adalah ikan jerung yang merbahaya. Tetapi Asrul langsung tidak takut dan menganggap Syamil tidak lebih dari sekadar ikan lumba-lumba yang berwajah comel. Amerju cuba bertindak seperti pelakon tambahan yang menyibuk dalam perbualan mesra antara Asrul dan Syamil. Setelah hampir setengah jam perjalanan, akhirnya trio lelaki kacak itu sampai ke penara. Bermula sekali lagi aktiviti mengangkat barangan seperti TV Syamil, Gu Zheng Syamil, tilam Syamil, koleksi baju Superman Syamil dan sebagainya ke rumah yang baru sambil diperhatikan oleh SV dan rakan-rakan.Pintu rumah penara dibuka dengan rasminya. Amerju, Asrul dan Syamil bergilir-gilir memasukkan barangan seperti TV Syamil, Gu
Zheng Syamil, tilam Syamil, koleksi baju Superman Syamil dan sebagainya ke dalam rumah baru. Apabila selesai, Syamil melihat sebatang kayu tepi tandas.

Dia memandang Asrul dan berkata, "Ini benda yang kau cari kan? Boleh cucuk-cucuk..."

Asrul hanya ketawa sambil memerhatikan sesuatu yang tidak boleh dinyatakan disini kerana takut disensorkan oleh sesetengah golongan masyarakat yang tidak tahu untuk berjenaka dan terlalu serius dengan kehidupan mereka. Dipendekkan cerita, mereka bertiga berjaya mengemaskan rumah. Amerju, Syamil dan Asrul kepenatan. Syamil meminjamkan salah satu dari tilamnya kepada Asrul kerana barang-barang Asrul dari rumahnya di Kota Damansara masih belum diangkut. Mereka bertiga tidur untuk seketika. Masa berlalu dengan pantas. Syamil bersiap-siap untuk pulang ke kampungnya untuk menemui aweknya yang tercinta.

Lantas Syamil berkata kepada Asrul, "Itulah...Baru nak mesra-mesra. Dah nak balik kampung kan? Takpe, nanti buka sem kita jumpa lagi...".

Setelah bersalaman dengan Amerju dan Asrul, Syamil meninggalkan rumah baru mereka untuk menuju ke Taiping.

Asrul memandang Amerju dan berkata, "Apa lagi? Jom kita ke Kota Damansara. Barang-barang aku banyak beb...".

Amerju mengingat kembali betapa banyaknya barang Asrul di Kota Damansara ketika dia berkunjung ke rumah Asrul dulu. Amerju turut pening apabila mengingatkan betapa jauhnya dan bosannya perjalanan ke Kota Damansara dari Cheras dengan menaiki bas. Asrul pula berharap-harap agar teman serumahnya a.k.a Mr. Big atau E (Bukan nama sebenar) atau turut dikenali on-and-off kekasih gelap tidak ada di rumah supaya aktiviti perpindahan barang-barang berlaku dengan cemerlangnya.

Bersambung...

2 comments: