Wednesday, April 1, 2009

Bachelors - Ep 7 - From Taiping With Broken Love

"Awak hanya memerlukan saya ketika di Kuala Lumpur saje..." kata X kepada Syamil dengan nada yang mengada-ngada.

Syamil masih mengingati ayat tersebut yang diucapkan oleh X kepadanya. Setelah mereka berkasih-kasihan selama dua tahun, akhirnya Syamil sudah kebosanan dengan kekasihnya yang jauh lebih pendek berbanding dengan ketinggiannya. Syamil membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan mereka. Walaupun X menyesal dengan perangainya yang mengada-ngada dan mahu berubah, tetapi segalanya sudah terlambat. Syamil sudah tekad. Dia mahu memutuskan perhubungan cinta dengan gadis pendek itu. Ayat-ayat keramat "I Dont Love You Anymore" diucapkan Syamil kepada X. Segalanya sudah tamat.

Dengan rasa yang separuh sedih, dan separuh gembira, Syamil meninggalkan Taiping. Kini sudah tiba masanya untuk kembali ke Kuala Lumpur. Semester akhirnya sebagai pelajar diploma muzik sudah lama bermula. Dia sengaja mengambil cuti selama seminggu selepas mendaftar untuk menenangkan dirinya sambil bermain-main dengan adiknya bernama aBooQ itu.

Syamil melangkah masuk ke dalam bas dengan langkah yang malas. Dia mencari-cari tempat duduknya dan terus menjalankan hobinya yang disukainya iaitu tidur, tidur dan tidur. Baginya, jika diberikan pilihan antara mendengar X membebel, menemani X dan keluarga bershopping di Shah Alam dengan tidur, Syamil lebih rela memilih untuk tidur. Lantas setelah naik dalam bas, Syamil terus tidur tanpa mempedulikan orang sebelah yang duduk bersebelah dengannya.

Perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja. Sepanjang perjalanan, Syamil tidak banyak bergerak, kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur. Mungkin dia cuba untuk mengosongkan otaknya dari pengaruh-pengaruh negatif X. Apa yang pasti ketika sampai di Penara, dia harus segera mencari Yus untuk bercerita mengenai masalah-masalah X yang cuba dilupainya. Yus juga begitu teruja apabila mengetahui Syamil akhirnya akan pulang semula ke Penara setelah sekian lama tidak bercomolot bersama. Biasanya mereka berdua akan bercerita mengenai awek masing-masing. Syamil dengan kisah Xnya, manakala Yus dengan kisah ehem-ehemnya itu.

Setelah beberapa jam dalam bas, dan berhenti seketika untuk makan, akhirnya Syamil sampai juga di penara. Seperti biasa, dia akan bersalaman dengan semua orang. Tanpa melengahkan masa Yus dengan segera bercerita mengenai ehem-ehemnya. Yus menunggu Syamil untuk memberikan tindak-balas dengan bercerita mengenai Xnya. Tetapi Syamil lebih teruja untuk bercerita mengenai 'S'.

Siapakah 'S'?

Jeng jeng jeng.

Monday, March 9, 2009

Next on Bachelors

From Taiping With Broken Love

Setelah seminggu menghilangkan diri, akhirnya Syamil kembali ke Penara dengan hati yang luka...

Bachelors - Ep 6 - Jangan Tegur

Semester baru sahaja bermula. Masing-masing teruja untuk daftar sebagai pelajar semester baru. Ada yang gembira setelah mendapat keputusan yang baik, ada juga yang muncungkan mulut sebab dapat result teruk dan ada yang jenis tak kisah langsung. Fairuz mencari-cari kesayangannya iaitu B (Bukan nama sebenar). Setelah beberapa minggu tidak berjumpa, Fairuz tidak sabar untuk bertentangan mata dengan B. Perasaan rindu itu perlu diluahkan dengan segera. Tambahan pula dia agak tekanan kerana bebanan kerja yang banyak ketika semua orang bersuka ria bercuti di kampung dan juga kes ciplak skrip Jangan Tegurnya seakan-akan tergantung begitu sahaja. P A (Bukan nama sebenar) tetap menafikan Jangan Tegur adalah hak miliknya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenarannya. Sebab malas nak sentuh. Mana tahu kena saman. Susah nanti.

Berbalik semula kepada cerita Fairuz. Setelah sekian lama mencari, akhirnya Fairuz bertemu juga dengan B. Tetapi malangnya bukan B sahaja yang dijumpainya, tetapi kawan baik B iaitu Nyah Rampik (Bukan nama sebenar) yang suka melekat bersama bersama seperti threesome turut dijumpainya.

"Hai, abang..." W menegur dengan nada yang manja. B hanya tersenyum. Fairuz hanya mendiamkan diri. Harapannya untuk bersama dengan B berdua-duaan nampaknya gagal. Fairuz memujuk dirinya mungkin B menrindui Nyah Rampik dan mungkin pada masa makan tengah hari mereka akan berdua-duaan.

Tetapi jangkaan Fairuz silap sama sekali. Masa waktu tengahari Nyah Rampik masih mahu melekat dengan mereka berdua. Fairuz bertambah geram. Ketika itu mahu saja dia menumbuk Nyah Rampik yang berbadan besar itu. Tetapi dia menahan dirinya kerana mahu menjaga hati B. Dia memujuk hatinya, tak apa, mungkin waktu petang mereka akan berdua-duaan.

Sekali lagi sangkaan Fairuz salah. W masih lagi mahu melekat dengan mereka berdua. Malahan Fairuz terpaksa mengikut B menemani Nyah Rampik untuk ke Maydin membeli sabun. Muka Fairuz bertambah ketat. Dia hanya mendiamkan diri marah. Dia memujuk dirinya lagi. Mungkin pada waktu malam dia dan B akan makan malam berdua-dua di tebing tanpa gangguan Nyah Rampik yang tidak disukainya itu.

Malang seribu kali malang, waktu malam yang penuh kepenatan akibat menemani Nyah Rampik bertambah apabila Nyah Rampik mahu mengikutinya dan B untuk makan malam bersama. Muka Fairuz bertambah ketat. Nyah Rampik melihat Fairuz dan cuba untuk membuat muka yang manja seperti perempuan cantik.

" Napa gan abang ni? Senyap jew... Abang tak sihat kew? " Nyah Rampik bertanya dengan nada-nada manja lagi jelita.

"Jangan tegur!" Fairuz menjawab dengan muka marah.

Next on Bachelors

Jangan Tegur

Semester baru bermula. Ketika semua gembira sebab dapat result yang best, Fairuz lak rasa yang tak best...

Sebab result teruk?

Sebab gaduh dengan awek?

Sebab kes Jangan Tegur masih tak selesai?

Atau...

Bachelors - Ep 5 - Papa Jahat

Amaran : Cerita ini mengandungi unsur-unsur yang bahaya untuk dibaca orang yang cepat emo dan mahu menyaman penulis blog ini walaupun dia tak terkenal dan popular. Harap maklum.

Y (Bukan nama sebenar) dengan perlahan-lahan mendekati M (Bukan nama sebenar). Setelah hampir dua tahun mereka memendamkan rasa. Terutamanya Y yang tidak faham-faham nak meluahkan perasaan berahi cintanya kepada M walaupun M telah pun memberikan tanda-tanda bahawa dia juga menyintai Y. Apakah daya, walaupun pada zaman moden ini, Y masih lagi segan-silu untuk meluahkan rasa cinta walaupun setia menanti M tanpa memandang perempuan-perempuan lain dengan pandangan penuh nafsu.

Y semakin berani mendekati M. Kali ini dia merasakan dia perlu meluahkan apa yang terkandung dalam dirinya. Kali ini Y dan M perlu bersatu. Dua jiwa menjadi satu. Dua tenaga disalurkan menjadi satu tenaga cinta yang abadi dan hakiki. Mereka berdua perlu bersatu. Itulah yang dikatakan oleh Y dalam dirinya beberapa kali. Dia perlu mendapatkan M sebelum anasir-anasir jahat lain mengambil M darinya.

Tubuh mereka semakin dekat. Y dapat merasakan nafas hangat dari hembusan keluh-kesah M yang telah lama mendambakan cinta dari seorang lelaki bernama Y. M telah lama menunggu untuk Y memulakan langkah. Ini bersesuaian dengan jiwa dan imejnya sebagai seorang perempuan yang penuh dengan kesopanan dan kejelitaan.

Badan mereka hampir-hampir bersentuhan. Y hampir-hampir dapat merasakan badan mereka hampir menyentuhi M. Hanya tinggal masa sahaja yang menentukan samada tenaga yang dikumpulnya selama beberapa bulan dan perasaan cintanya yang dikumpul hampir dua tahun akan terbukti. Semuanya bergantung kepada masa. Y tidak mahu berburu-buru untuk menikmati keindahan dan kemuliaan seorang perempuan yang suci bernama M itu. Y melihat M seperti mahu menikmati dirinya yang gebu itu sambil berpelukan mesra di atas ranjang. Ah, alangkah indahnya suasana ini. Ah, alangkah bahagianya perasaan ini.

Tangan M menyentuh bahagian perut Y dengan lembut. Y membiarkan M memulakan langkahnya. M seperti tidak sabar untuk membelai perut Y yang kental itu. Terasa kelakiannya gagah perkasa. Hanya tingga masa sahaja untuk Y memulakan langkah pertamanya dan langkah akan diakhiri dengan nikmat dunia yang penuh kelazatan.

M membelai manja perut Y. Digosok-gosok perut itu dengan penuh kasih sayang. Y semakin lena dibuai kenikmatan. Y menantikan langkah seterusnya dari M. Dia dialam puncak kenikmatan... Selepas puas M membelai manja perutnya, M mencucuk-cucuk perutnya. Y berasa hairan dengan perbuatan M itu. Tetapi dia membiarkan sahaja kerana mungkin itu adalah teknik baru dalam perhubungan cinta. Perutnya dicucuk beberapa kali.

Mata Y terbuka luas. Ketika itu dia melihat A (Bukan nama sebenar) mencucuk-cucuk perutnya sambil tersenyum. Tiba-tiba kelakian Y tidak segagah perkasa lagi.

A tergelak untuk seketika ketika menulis cerita ini sebab dia tahu Y dan M tidak akan berani untuk buat macam kat atas tapi. Tapi adakah Y betul-betul tak pernah buat seperti yang ada di atas? Jeng jeng jeng... Jahat betul papa ni...hahahahaha

Next on Bachelors

Papa Jahat

Adakah papa betul-betul jahat? Siapakah papa? Jeng jeng jeng...

Bachelors - Ep 4 - Fantasia Amerju

Cuti semester hanya ada dua minggu sahaja. Masa itu terlalu sikit untuk diluangkan oleh Amerju di kampungnya yang tercinta. Walaupun di kampung dia hanya duduk di rumah sahaja 24 jam. Dia hanya akan keluar jika jika;

1. Kawan sekampungnya ajak lepak.
2. Keluarganya ajak keluar makan di luar.
3. Asrul paksa lepak di luar.

Jika bukan kerana sebab-sebab di atas, Amerju hanya mahu duduk di rumah. Bermalas-malasan, tidur petang, bermain PSP, membebel adik-beradiknya, bermain kucing kesayangan, bercakap dengan mak dan menonton TV, terutamanya astro. Kenapa dia suka tengok astro? Sebab astro ada cerita-cerita yang Amerju suka macam cerita Indon (sebab awek dia muka macam awek Indon yang cun), cerita Raja Lawak (sebab realiti show ni kelakar, mengikut Amerju la, tak tau betul ke tak, sebab aku tak tengok, huhuhuhu) dan yang paling dia suka sekali adalah.... Akademi Fantasia. Sebab apa Amerju sangat suka tengok Akademi Fantasia?

1. Sebab dia seorang ahli muzik.
2. Sebab dia suka menyanyi.
3. Sebab semua keluarga dia suka tengok, termasuklah kucing dia skali.
4. Sebab dulu masa musim keempat dia tersenarai dalam Top berapa entah (siap kawan2 ngan Mila lagi tu...)

Masa kat rumah kalau bosan-bosan, Amerju selalu buka Astro tengok siaran ulangan beberapa kali sambil ditemani oleh maknya yang best dan kucingnya yang comel. Sambil-sambil tengok dia sempat berangan kalaulah dia dapat masuk AF mesti best. Sebab apa dia rasa masuk AF best?

1. Sebab kalau masuk orang ramai boleh kenal dia (Silap-silap boleh lawan Mawi. FYI. Amerju lagi hensem dari Mawi. huhuhuhu)
2. Sebab kalau boleh mungkin boleh menang dan dapat rumah kat Melaka (Tak logik langsung hadiah tu)
3. Sebab kalau dah masuk mana tahu boleh berkenalan dengan awek yang cun pastu boleh cetuskan gosip kononnya tak bercinta, pastu tiba-tiba kahwin dan masuk Sehati Berdansa pulak.
4. Sebab kalau masuk boleh tunjukkan kat awek dia iaitu 'Gadisku' yang dia berjaya masuk dalam AF.
5. Sebab kalau masuk AF boleh memenuhi impian maknya untuk datang ke konsert AF setiap minggu sambil satu famili bawa banner untuk sokong Amerju (Best betul famili dia bagi sokongan moral tahap gaban)

Jadi patut ke Amerju masuk AF untuk musim yang baru setelah gagal masuk dalam final 12 untuk musim ke empat? Amerju bertanya kepada dirinya sendiri. Perkara-perkara yang mungkin berlaku jika dia masuk AF...

1. Mesti budak-budak muzik kutuk habis-habis sebab dulu pun ada awek Cina yang comel masuk LG tapi semua kutuk (Kasihan kat dia)
2. Mesti Cik Kiah atau F (Bukan nama sebenar) akan kutuk dia tahan gaban.
3. Mesti budak-budak rumah lain kutuk dia jugak (Sambil membayangkan Syamil gelak macam Oopet. Comel)
4. Mesti penduduk kampung akan cakap macam-macam.
5. Mesti pensyarah-pensyarah akan cakap belum pandai main gitar dah nak masuk AF.
6. Tapi yang paling penting, teman tapi mesranya iaitu Artis tentu akan kutuk mega tahap power punya.

Fikir punya fikir, akhirnya Amerju buat keputusan untuk cuba audition sekali lagi untuk musim ke enam. Tanpa dia sedar ada seorang lagi sebenarnya yang nak masuk AF dan jadi popular...