Friday, February 20, 2009

Bachelor - Ep 3 - Home Alone

"Aku nak keja. Aku nak cari duit. Aku tak nak balik kg cuti sem ni..."

Itulah yang dikatakan oleh Nai kepada Amerju, Asrul dan Fairul. Ketika itu, Syamil dan Yus sudah pun pulang ke kampung. Walaupun cuti semester sudah pun bermula, mereka berempat masih belum pulang ke kampung. Amerju dan Asrul akan segera pulang ke kampung. Manakala Fairuz akan tinggal bersama kakaknya di Wangsa Maju. Nai telah membuat keputusan untuk cuba tidak pulang ke kampung pada cuti semester ini kerana baginya dia mahu mencari duit, dengan bekerja di salah sebuah kafe piza di Berjaya Times Square. Nai merasakan dia boleh duduk seorang diri di penara. Walaupun Amerju meluahkan perasaan kegembiraanya kerana dapat balik kampung, namun Nai tetap dengan pendiriannya untuk berkerja pada cuti semester. Walaupun dia akan tinggal seorang diri, namun dia sudah nekad. Duit perlu dicari untuk menampung perbelanjaannya pada semester hadapan.

Fairuz, Amerju dan Asrul meninggalkan penara. Fairuz pergi ke rumah kakaknya, Amerju naik bas ke Kelantan dan Asrul ke KL Sentral untuk pulang ke Kelantan dengan menaiki keretapi. Akhirnya tinggallah Nai seorang diri di penara. Walaupun sunyi, namun Nai cuba untuk melawan perasaannya. Ketika tidur, dia terdengar beberapa jenis bunyi yang agak menakutkan. Nai menutup mukanya dengan bantal dan cuba untuk tidur.
12 malam : Masanya untuk tidur.
1 pagi : Mata masih belum lelap.
2 pagi : Masih belum mengantuk.
3 pagi : Nai menyanyi-nyanyi kecil.
4 pagi : Malam sungguh sunyi.
5 pagi : Nai merungut kerana masih belum dapat tidur.
6 pagi : Masih belum dapat tidur.
7 pagi : Akhirnya masih untuk bersiap-siap ke tempat kerja.
8 pagi : Bergerak ke tempat kerja.
9 pagi : Di tempat kerja
10 pagi : Berkerja dengan malas
11 tengahari : Masih berkerja dengan malas
12 tengahari : Bertambah malas
1 petang : Lunch. Tak ada selera.
2 petang : Dapat tips. Gembira.
3 petang : Bos Ambil tips. Marah.
4 petang : Tak sabar nak balik.
5 petang : Lambatnya nak balik.
6 petang : Akhirnya dapat balik.
7 malam : Makan malam seorang-seorang. Teringat kat Y (Bukan nama sebenar)
8 malam : Berangan-angan menjadi penyanyi seperti E (Bukan nama sebenar)
9 malam : Tengok TV seorang-seorang.
10 malam : Makan megi. Kelaparan.
11 malam : Gosok gigi.
12 malam : Cuba untuk tidur.
1 pagi : Tak dapat tidur.
2 pagi : Terdengar bunyi-bunyi di luar
3 pagi : Teringatkan Y yang ada teman lelaki yang baru. Sedih.
4 pagi : Teringatkan E yang cuba jadi penyanyi dengan jenama peti sejuk.
5 pagi : Teringatkan Amerju yang sedang bersuka-ria di kampung.
6 pagi : Teringatkan Yus yang asyik teringat kat M (Bukan nama sebenar)
7 pagi : Teringatkan Fairuz yang sedang sibuk mencari duit
8 pagi : Ingat-ingat lupa Syamil dan Asrul yang baru saja baik dengannya.
9 pagi : Bersiap untuk ke tempat kerja.
10 pagi : Di tempat kerja. Mood malas dan mengantuk.
11 pagi : Tak dapat tips sebab pelanggan kedekut. Mood tak bersemangat.
12 tengahari : Bos suruh habiskan makanan pelanggan. Mood rasa macam nak tumbuk bos tu.
1 tengahari : Rehat.
Nai gelisah. Ternyata tinggal seorang diri tidaklah sebagus yang disangkakan. Dia mulai rindukan maknya. Dia rindu kepada kampungnya. Dia merindui Y, E, dan huruf-huruf yang lain. Apa yang perlu dia lakukan untuk menghilangkan rasa rindunya itu?
2 petang : Naik bas ke Pudu. Balik kampung. Yahoo!!!!

No comments:

Post a Comment