"Awak hanya memerlukan saya ketika di Kuala Lumpur saje..." kata X kepada Syamil dengan nada yang mengada-ngada.
Syamil masih mengingati ayat tersebut yang diucapkan oleh X kepadanya. Setelah mereka berkasih-kasihan selama dua tahun, akhirnya Syamil sudah kebosanan dengan kekasihnya yang jauh lebih pendek berbanding dengan ketinggiannya. Syamil membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan mereka. Walaupun X menyesal dengan perangainya yang mengada-ngada dan mahu berubah, tetapi segalanya sudah terlambat. Syamil sudah tekad. Dia mahu memutuskan perhubungan cinta dengan gadis pendek itu. Ayat-ayat keramat "I Dont Love You Anymore" diucapkan Syamil kepada X. Segalanya sudah tamat.
Dengan rasa yang separuh sedih, dan separuh gembira, Syamil meninggalkan Taiping. Kini sudah tiba masanya untuk kembali ke Kuala Lumpur. Semester akhirnya sebagai pelajar diploma muzik sudah lama bermula. Dia sengaja mengambil cuti selama seminggu selepas mendaftar untuk menenangkan dirinya sambil bermain-main dengan adiknya bernama aBooQ itu.
Syamil melangkah masuk ke dalam bas dengan langkah yang malas. Dia mencari-cari tempat duduknya dan terus menjalankan hobinya yang disukainya iaitu tidur, tidur dan tidur. Baginya, jika diberikan pilihan antara mendengar X membebel, menemani X dan keluarga bershopping di Shah Alam dengan tidur, Syamil lebih rela memilih untuk tidur. Lantas setelah naik dalam bas, Syamil terus tidur tanpa mempedulikan orang sebelah yang duduk bersebelah dengannya.
Perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja. Sepanjang perjalanan, Syamil tidak banyak bergerak, kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur. Mungkin dia cuba untuk mengosongkan otaknya dari pengaruh-pengaruh negatif X. Apa yang pasti ketika sampai di Penara, dia harus segera mencari Yus untuk bercerita mengenai masalah-masalah X yang cuba dilupainya. Yus juga begitu teruja apabila mengetahui Syamil akhirnya akan pulang semula ke Penara setelah sekian lama tidak bercomolot bersama. Biasanya mereka berdua akan bercerita mengenai awek masing-masing. Syamil dengan kisah Xnya, manakala Yus dengan kisah ehem-ehemnya itu.
Setelah beberapa jam dalam bas, dan berhenti seketika untuk makan, akhirnya Syamil sampai juga di penara. Seperti biasa, dia akan bersalaman dengan semua orang. Tanpa melengahkan masa Yus dengan segera bercerita mengenai ehem-ehemnya. Yus menunggu Syamil untuk memberikan tindak-balas dengan bercerita mengenai Xnya. Tetapi Syamil lebih teruja untuk bercerita mengenai 'S'.
Siapakah 'S'?
Jeng jeng jeng.
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hahaha...
ReplyDeleteadakah harus aku gelak...
hubungan supermeyl n superkien dh berkembang mekar gamaknya k......kiter tunggu dan lihat je r....huhuhuhu
ReplyDelete