Wednesday, April 1, 2009

Bachelors - Ep 7 - From Taiping With Broken Love

"Awak hanya memerlukan saya ketika di Kuala Lumpur saje..." kata X kepada Syamil dengan nada yang mengada-ngada.

Syamil masih mengingati ayat tersebut yang diucapkan oleh X kepadanya. Setelah mereka berkasih-kasihan selama dua tahun, akhirnya Syamil sudah kebosanan dengan kekasihnya yang jauh lebih pendek berbanding dengan ketinggiannya. Syamil membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan mereka. Walaupun X menyesal dengan perangainya yang mengada-ngada dan mahu berubah, tetapi segalanya sudah terlambat. Syamil sudah tekad. Dia mahu memutuskan perhubungan cinta dengan gadis pendek itu. Ayat-ayat keramat "I Dont Love You Anymore" diucapkan Syamil kepada X. Segalanya sudah tamat.

Dengan rasa yang separuh sedih, dan separuh gembira, Syamil meninggalkan Taiping. Kini sudah tiba masanya untuk kembali ke Kuala Lumpur. Semester akhirnya sebagai pelajar diploma muzik sudah lama bermula. Dia sengaja mengambil cuti selama seminggu selepas mendaftar untuk menenangkan dirinya sambil bermain-main dengan adiknya bernama aBooQ itu.

Syamil melangkah masuk ke dalam bas dengan langkah yang malas. Dia mencari-cari tempat duduknya dan terus menjalankan hobinya yang disukainya iaitu tidur, tidur dan tidur. Baginya, jika diberikan pilihan antara mendengar X membebel, menemani X dan keluarga bershopping di Shah Alam dengan tidur, Syamil lebih rela memilih untuk tidur. Lantas setelah naik dalam bas, Syamil terus tidur tanpa mempedulikan orang sebelah yang duduk bersebelah dengannya.

Perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja. Sepanjang perjalanan, Syamil tidak banyak bergerak, kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur. Mungkin dia cuba untuk mengosongkan otaknya dari pengaruh-pengaruh negatif X. Apa yang pasti ketika sampai di Penara, dia harus segera mencari Yus untuk bercerita mengenai masalah-masalah X yang cuba dilupainya. Yus juga begitu teruja apabila mengetahui Syamil akhirnya akan pulang semula ke Penara setelah sekian lama tidak bercomolot bersama. Biasanya mereka berdua akan bercerita mengenai awek masing-masing. Syamil dengan kisah Xnya, manakala Yus dengan kisah ehem-ehemnya itu.

Setelah beberapa jam dalam bas, dan berhenti seketika untuk makan, akhirnya Syamil sampai juga di penara. Seperti biasa, dia akan bersalaman dengan semua orang. Tanpa melengahkan masa Yus dengan segera bercerita mengenai ehem-ehemnya. Yus menunggu Syamil untuk memberikan tindak-balas dengan bercerita mengenai Xnya. Tetapi Syamil lebih teruja untuk bercerita mengenai 'S'.

Siapakah 'S'?

Jeng jeng jeng.

Monday, March 9, 2009

Next on Bachelors

From Taiping With Broken Love

Setelah seminggu menghilangkan diri, akhirnya Syamil kembali ke Penara dengan hati yang luka...

Bachelors - Ep 6 - Jangan Tegur

Semester baru sahaja bermula. Masing-masing teruja untuk daftar sebagai pelajar semester baru. Ada yang gembira setelah mendapat keputusan yang baik, ada juga yang muncungkan mulut sebab dapat result teruk dan ada yang jenis tak kisah langsung. Fairuz mencari-cari kesayangannya iaitu B (Bukan nama sebenar). Setelah beberapa minggu tidak berjumpa, Fairuz tidak sabar untuk bertentangan mata dengan B. Perasaan rindu itu perlu diluahkan dengan segera. Tambahan pula dia agak tekanan kerana bebanan kerja yang banyak ketika semua orang bersuka ria bercuti di kampung dan juga kes ciplak skrip Jangan Tegurnya seakan-akan tergantung begitu sahaja. P A (Bukan nama sebenar) tetap menafikan Jangan Tegur adalah hak miliknya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenarannya. Sebab malas nak sentuh. Mana tahu kena saman. Susah nanti.

Berbalik semula kepada cerita Fairuz. Setelah sekian lama mencari, akhirnya Fairuz bertemu juga dengan B. Tetapi malangnya bukan B sahaja yang dijumpainya, tetapi kawan baik B iaitu Nyah Rampik (Bukan nama sebenar) yang suka melekat bersama bersama seperti threesome turut dijumpainya.

"Hai, abang..." W menegur dengan nada yang manja. B hanya tersenyum. Fairuz hanya mendiamkan diri. Harapannya untuk bersama dengan B berdua-duaan nampaknya gagal. Fairuz memujuk dirinya mungkin B menrindui Nyah Rampik dan mungkin pada masa makan tengah hari mereka akan berdua-duaan.

Tetapi jangkaan Fairuz silap sama sekali. Masa waktu tengahari Nyah Rampik masih mahu melekat dengan mereka berdua. Fairuz bertambah geram. Ketika itu mahu saja dia menumbuk Nyah Rampik yang berbadan besar itu. Tetapi dia menahan dirinya kerana mahu menjaga hati B. Dia memujuk hatinya, tak apa, mungkin waktu petang mereka akan berdua-duaan.

Sekali lagi sangkaan Fairuz salah. W masih lagi mahu melekat dengan mereka berdua. Malahan Fairuz terpaksa mengikut B menemani Nyah Rampik untuk ke Maydin membeli sabun. Muka Fairuz bertambah ketat. Dia hanya mendiamkan diri marah. Dia memujuk dirinya lagi. Mungkin pada waktu malam dia dan B akan makan malam berdua-dua di tebing tanpa gangguan Nyah Rampik yang tidak disukainya itu.

Malang seribu kali malang, waktu malam yang penuh kepenatan akibat menemani Nyah Rampik bertambah apabila Nyah Rampik mahu mengikutinya dan B untuk makan malam bersama. Muka Fairuz bertambah ketat. Nyah Rampik melihat Fairuz dan cuba untuk membuat muka yang manja seperti perempuan cantik.

" Napa gan abang ni? Senyap jew... Abang tak sihat kew? " Nyah Rampik bertanya dengan nada-nada manja lagi jelita.

"Jangan tegur!" Fairuz menjawab dengan muka marah.

Next on Bachelors

Jangan Tegur

Semester baru bermula. Ketika semua gembira sebab dapat result yang best, Fairuz lak rasa yang tak best...

Sebab result teruk?

Sebab gaduh dengan awek?

Sebab kes Jangan Tegur masih tak selesai?

Atau...

Bachelors - Ep 5 - Papa Jahat

Amaran : Cerita ini mengandungi unsur-unsur yang bahaya untuk dibaca orang yang cepat emo dan mahu menyaman penulis blog ini walaupun dia tak terkenal dan popular. Harap maklum.

Y (Bukan nama sebenar) dengan perlahan-lahan mendekati M (Bukan nama sebenar). Setelah hampir dua tahun mereka memendamkan rasa. Terutamanya Y yang tidak faham-faham nak meluahkan perasaan berahi cintanya kepada M walaupun M telah pun memberikan tanda-tanda bahawa dia juga menyintai Y. Apakah daya, walaupun pada zaman moden ini, Y masih lagi segan-silu untuk meluahkan rasa cinta walaupun setia menanti M tanpa memandang perempuan-perempuan lain dengan pandangan penuh nafsu.

Y semakin berani mendekati M. Kali ini dia merasakan dia perlu meluahkan apa yang terkandung dalam dirinya. Kali ini Y dan M perlu bersatu. Dua jiwa menjadi satu. Dua tenaga disalurkan menjadi satu tenaga cinta yang abadi dan hakiki. Mereka berdua perlu bersatu. Itulah yang dikatakan oleh Y dalam dirinya beberapa kali. Dia perlu mendapatkan M sebelum anasir-anasir jahat lain mengambil M darinya.

Tubuh mereka semakin dekat. Y dapat merasakan nafas hangat dari hembusan keluh-kesah M yang telah lama mendambakan cinta dari seorang lelaki bernama Y. M telah lama menunggu untuk Y memulakan langkah. Ini bersesuaian dengan jiwa dan imejnya sebagai seorang perempuan yang penuh dengan kesopanan dan kejelitaan.

Badan mereka hampir-hampir bersentuhan. Y hampir-hampir dapat merasakan badan mereka hampir menyentuhi M. Hanya tinggal masa sahaja yang menentukan samada tenaga yang dikumpulnya selama beberapa bulan dan perasaan cintanya yang dikumpul hampir dua tahun akan terbukti. Semuanya bergantung kepada masa. Y tidak mahu berburu-buru untuk menikmati keindahan dan kemuliaan seorang perempuan yang suci bernama M itu. Y melihat M seperti mahu menikmati dirinya yang gebu itu sambil berpelukan mesra di atas ranjang. Ah, alangkah indahnya suasana ini. Ah, alangkah bahagianya perasaan ini.

Tangan M menyentuh bahagian perut Y dengan lembut. Y membiarkan M memulakan langkahnya. M seperti tidak sabar untuk membelai perut Y yang kental itu. Terasa kelakiannya gagah perkasa. Hanya tingga masa sahaja untuk Y memulakan langkah pertamanya dan langkah akan diakhiri dengan nikmat dunia yang penuh kelazatan.

M membelai manja perut Y. Digosok-gosok perut itu dengan penuh kasih sayang. Y semakin lena dibuai kenikmatan. Y menantikan langkah seterusnya dari M. Dia dialam puncak kenikmatan... Selepas puas M membelai manja perutnya, M mencucuk-cucuk perutnya. Y berasa hairan dengan perbuatan M itu. Tetapi dia membiarkan sahaja kerana mungkin itu adalah teknik baru dalam perhubungan cinta. Perutnya dicucuk beberapa kali.

Mata Y terbuka luas. Ketika itu dia melihat A (Bukan nama sebenar) mencucuk-cucuk perutnya sambil tersenyum. Tiba-tiba kelakian Y tidak segagah perkasa lagi.

A tergelak untuk seketika ketika menulis cerita ini sebab dia tahu Y dan M tidak akan berani untuk buat macam kat atas tapi. Tapi adakah Y betul-betul tak pernah buat seperti yang ada di atas? Jeng jeng jeng... Jahat betul papa ni...hahahahaha

Next on Bachelors

Papa Jahat

Adakah papa betul-betul jahat? Siapakah papa? Jeng jeng jeng...

Bachelors - Ep 4 - Fantasia Amerju

Cuti semester hanya ada dua minggu sahaja. Masa itu terlalu sikit untuk diluangkan oleh Amerju di kampungnya yang tercinta. Walaupun di kampung dia hanya duduk di rumah sahaja 24 jam. Dia hanya akan keluar jika jika;

1. Kawan sekampungnya ajak lepak.
2. Keluarganya ajak keluar makan di luar.
3. Asrul paksa lepak di luar.

Jika bukan kerana sebab-sebab di atas, Amerju hanya mahu duduk di rumah. Bermalas-malasan, tidur petang, bermain PSP, membebel adik-beradiknya, bermain kucing kesayangan, bercakap dengan mak dan menonton TV, terutamanya astro. Kenapa dia suka tengok astro? Sebab astro ada cerita-cerita yang Amerju suka macam cerita Indon (sebab awek dia muka macam awek Indon yang cun), cerita Raja Lawak (sebab realiti show ni kelakar, mengikut Amerju la, tak tau betul ke tak, sebab aku tak tengok, huhuhuhu) dan yang paling dia suka sekali adalah.... Akademi Fantasia. Sebab apa Amerju sangat suka tengok Akademi Fantasia?

1. Sebab dia seorang ahli muzik.
2. Sebab dia suka menyanyi.
3. Sebab semua keluarga dia suka tengok, termasuklah kucing dia skali.
4. Sebab dulu masa musim keempat dia tersenarai dalam Top berapa entah (siap kawan2 ngan Mila lagi tu...)

Masa kat rumah kalau bosan-bosan, Amerju selalu buka Astro tengok siaran ulangan beberapa kali sambil ditemani oleh maknya yang best dan kucingnya yang comel. Sambil-sambil tengok dia sempat berangan kalaulah dia dapat masuk AF mesti best. Sebab apa dia rasa masuk AF best?

1. Sebab kalau masuk orang ramai boleh kenal dia (Silap-silap boleh lawan Mawi. FYI. Amerju lagi hensem dari Mawi. huhuhuhu)
2. Sebab kalau boleh mungkin boleh menang dan dapat rumah kat Melaka (Tak logik langsung hadiah tu)
3. Sebab kalau dah masuk mana tahu boleh berkenalan dengan awek yang cun pastu boleh cetuskan gosip kononnya tak bercinta, pastu tiba-tiba kahwin dan masuk Sehati Berdansa pulak.
4. Sebab kalau masuk boleh tunjukkan kat awek dia iaitu 'Gadisku' yang dia berjaya masuk dalam AF.
5. Sebab kalau masuk AF boleh memenuhi impian maknya untuk datang ke konsert AF setiap minggu sambil satu famili bawa banner untuk sokong Amerju (Best betul famili dia bagi sokongan moral tahap gaban)

Jadi patut ke Amerju masuk AF untuk musim yang baru setelah gagal masuk dalam final 12 untuk musim ke empat? Amerju bertanya kepada dirinya sendiri. Perkara-perkara yang mungkin berlaku jika dia masuk AF...

1. Mesti budak-budak muzik kutuk habis-habis sebab dulu pun ada awek Cina yang comel masuk LG tapi semua kutuk (Kasihan kat dia)
2. Mesti Cik Kiah atau F (Bukan nama sebenar) akan kutuk dia tahan gaban.
3. Mesti budak-budak rumah lain kutuk dia jugak (Sambil membayangkan Syamil gelak macam Oopet. Comel)
4. Mesti penduduk kampung akan cakap macam-macam.
5. Mesti pensyarah-pensyarah akan cakap belum pandai main gitar dah nak masuk AF.
6. Tapi yang paling penting, teman tapi mesranya iaitu Artis tentu akan kutuk mega tahap power punya.

Fikir punya fikir, akhirnya Amerju buat keputusan untuk cuba audition sekali lagi untuk musim ke enam. Tanpa dia sedar ada seorang lagi sebenarnya yang nak masuk AF dan jadi popular...

Friday, February 20, 2009

F.A.K.E - Pengenalan

Tajuk : F.A.K.E

Mengisahkan Az berasal dari kampung cuba untuk mengubah dirinya dengan bantuan dari stylist lagenda, E, semata-mata untuk menambat hati Kamelia tanpa menyedari bahawa dia turut terperangkap dalam dunia Fahrin.

Lokasi : Artistic College

Watak-Watak

Fahrin - 19, pelajar muzik, instrument gitar, seorang yang kacak dan digilai oleh semua gadis di Artistic College dan kembar kepada Kamelia

Az - 19, pelajar penulisan, berasal dari kampung, agak selekeh, meminati Kamelia, berkawan baik dengan Fahrin

Kamelia - 19, pelajar tari, mahir dalam ballet, seorang yang jelita dan diminati oleh semua lelaki di Artistic College dan kembar kepada Fahrin

E @ Ezam - 21, pelajar teater, senior yang terkenal dengan skilnya sebagai perunding imej pelajar-pelajar Artistic College,

Next on Bachelors

Fantasia Amerju

Amerju masuk Akademi Fantasia???

Bachelor - Ep 3 - Home Alone

"Aku nak keja. Aku nak cari duit. Aku tak nak balik kg cuti sem ni..."

Itulah yang dikatakan oleh Nai kepada Amerju, Asrul dan Fairul. Ketika itu, Syamil dan Yus sudah pun pulang ke kampung. Walaupun cuti semester sudah pun bermula, mereka berempat masih belum pulang ke kampung. Amerju dan Asrul akan segera pulang ke kampung. Manakala Fairuz akan tinggal bersama kakaknya di Wangsa Maju. Nai telah membuat keputusan untuk cuba tidak pulang ke kampung pada cuti semester ini kerana baginya dia mahu mencari duit, dengan bekerja di salah sebuah kafe piza di Berjaya Times Square. Nai merasakan dia boleh duduk seorang diri di penara. Walaupun Amerju meluahkan perasaan kegembiraanya kerana dapat balik kampung, namun Nai tetap dengan pendiriannya untuk berkerja pada cuti semester. Walaupun dia akan tinggal seorang diri, namun dia sudah nekad. Duit perlu dicari untuk menampung perbelanjaannya pada semester hadapan.

Fairuz, Amerju dan Asrul meninggalkan penara. Fairuz pergi ke rumah kakaknya, Amerju naik bas ke Kelantan dan Asrul ke KL Sentral untuk pulang ke Kelantan dengan menaiki keretapi. Akhirnya tinggallah Nai seorang diri di penara. Walaupun sunyi, namun Nai cuba untuk melawan perasaannya. Ketika tidur, dia terdengar beberapa jenis bunyi yang agak menakutkan. Nai menutup mukanya dengan bantal dan cuba untuk tidur.
12 malam : Masanya untuk tidur.
1 pagi : Mata masih belum lelap.
2 pagi : Masih belum mengantuk.
3 pagi : Nai menyanyi-nyanyi kecil.
4 pagi : Malam sungguh sunyi.
5 pagi : Nai merungut kerana masih belum dapat tidur.
6 pagi : Masih belum dapat tidur.
7 pagi : Akhirnya masih untuk bersiap-siap ke tempat kerja.
8 pagi : Bergerak ke tempat kerja.
9 pagi : Di tempat kerja
10 pagi : Berkerja dengan malas
11 tengahari : Masih berkerja dengan malas
12 tengahari : Bertambah malas
1 petang : Lunch. Tak ada selera.
2 petang : Dapat tips. Gembira.
3 petang : Bos Ambil tips. Marah.
4 petang : Tak sabar nak balik.
5 petang : Lambatnya nak balik.
6 petang : Akhirnya dapat balik.
7 malam : Makan malam seorang-seorang. Teringat kat Y (Bukan nama sebenar)
8 malam : Berangan-angan menjadi penyanyi seperti E (Bukan nama sebenar)
9 malam : Tengok TV seorang-seorang.
10 malam : Makan megi. Kelaparan.
11 malam : Gosok gigi.
12 malam : Cuba untuk tidur.
1 pagi : Tak dapat tidur.
2 pagi : Terdengar bunyi-bunyi di luar
3 pagi : Teringatkan Y yang ada teman lelaki yang baru. Sedih.
4 pagi : Teringatkan E yang cuba jadi penyanyi dengan jenama peti sejuk.
5 pagi : Teringatkan Amerju yang sedang bersuka-ria di kampung.
6 pagi : Teringatkan Yus yang asyik teringat kat M (Bukan nama sebenar)
7 pagi : Teringatkan Fairuz yang sedang sibuk mencari duit
8 pagi : Ingat-ingat lupa Syamil dan Asrul yang baru saja baik dengannya.
9 pagi : Bersiap untuk ke tempat kerja.
10 pagi : Di tempat kerja. Mood malas dan mengantuk.
11 pagi : Tak dapat tips sebab pelanggan kedekut. Mood tak bersemangat.
12 tengahari : Bos suruh habiskan makanan pelanggan. Mood rasa macam nak tumbuk bos tu.
1 tengahari : Rehat.
Nai gelisah. Ternyata tinggal seorang diri tidaklah sebagus yang disangkakan. Dia mulai rindukan maknya. Dia rindu kepada kampungnya. Dia merindui Y, E, dan huruf-huruf yang lain. Apa yang perlu dia lakukan untuk menghilangkan rasa rindunya itu?
2 petang : Naik bas ke Pudu. Balik kampung. Yahoo!!!!

Wednesday, February 18, 2009

Next on Bachelors

Home Alone

Setelah semua bachelors mahu pulang ke kampung masing-masing, adakah Nai yang pada mulanya mahu tinggal seorang diri di Penara untuk berkerja ketika cuti, dapat tinggal seorang diri dan sanggup untuk tidak pulang ke kampung?

Bachelors - Ep 2 - Dark K(Night)

Setelah beberapa selama beberapa jam di rumah baru, Asrul dan Amerju bersiap-sedia untuk ke Kota Damansara bagi sesi pemindahan barang-barang Asrul. Sepanjang perjalanan menuju ke Kota Damansara, Amerju hanya tidur sambil mendengar mp3 Nidji melalui PSPnya. Sementara Asrul lebih banyak termenung sambil melayan mp3 Lily Allen melalui iPod touchnya. Ketika sedang asyik melayan bluess, Asrul mengenang kembali ketika waktu raja haji 2008. Dimana dia dan Amerju tidak dapat pulang ke kampung, lantaran kesuntukan masa. Mereka berdua menyambut kedatangan raja haji di Kota Damansara. Semalam sebelum raya haji muncul, Asrul dan Amerju pergi ke tesco untuk membeli ayam goreng dan makanan yang lain. Walaupun sedih tidak dapat pulang ke kampung dan menikmati ayam percik masakan nenek tercinta, Asrul merasa lega kerana sekurang-kurangnya ada Amerju yang menemaninya ketika hari raya haji ni. Malam raya haji, Asrul menyediakan ayam goreng dan sup cendawan segera sebagai sajian malam raja haji. Keesokkan harinya, pada pagi raya haji, Asrul dan Amerju bangun lewat. Buat pertama kalinya, selepas 23 tahun, Asrul bangun lewat ketika raya haji. Untuk sajian raya haji pula, Asrul dan Amerju hanya makan mihun goreng. Tetapi tidak lama kemudian, muncul E (Bukan nama sebenar) membawa bekalan makanan dari kampung. E buat pertama kalinya bertemu dengan Amerju. Asrul pada mulanya tidak menyangka E a.k.a teman serumahnya a.k.a kekasih gelapnya akan pulang. Untuk mengelakkan rasa janggal, Asrul mengajak Amerju ke the Curve. Ketika itu, Asrul mahu membeli figura aksi She-Predator bagi mengubat rasa sedihnya (Walaupun disini sebenarnya rasa sedih itu tidak jelas puncanya). Apa-apa pun raya haji bersama Amerju boleh dikatakan baik dan Asrul dapat mengenali Amerju dengan lebih baik. Dimana Asrul dapat membuat kesimpulan bahawa Amerju sebenarnya mempunyai mulut yang agak tajam mengalahkan Auntie (Bukan nama sebenar).
Ingatan terhadap raya haji bersama Amerju terhenti apabila bas sampai di Seksyen 5 di Kota Damansara sudah pun sampai. Sekali lagi Amerju merungut kerana terpaksa berjalan kaki dari perhentian bas ke rumah Asrul.
Asrul berkata, " Merju, takpe. Ni kali terakhir kita datang sini. Lepas ni kita dah duk Penara..."
Semalam malam, Asrul bertungkus-lumus untuk mengemaskan barang-barangnya yang terdiri dari koleksi figura aksi, koleksi baju, koleksi kasut, koleksi buku, koleksi dvd dan sebagainya lagi. Sehinggakan Amerju menggelengkan kepalanya. Pada mulanya Amerju hanya mahu menemani Asrul sahaja tanpa menolongnya, kerana Asrul tidak membantu ketika Amerju & Co mengemas barangan mereka di Sentul. Tetapi setelah Asrul memanipulasikan kesedihan mukanya dan kata-kata yang berbentuk emo, akhirnya Amerju terpaksa menolong. Asrul dan Amerju berjaya mengemaskan barangan pada lebih kurang 2 pagi. Asrul dan Amerju tidur dengan kepenatan. Tidak lama kemudian, ketika Asrul sedang tidur dengan berdengkur akibat kepenatan, Amerju terjaga dan mendengar pintu rumah dibuka. Ketika itu, Amerju membuat kesimpulannya sendiri bahawa teman serumah atau kekasih gelap Asrul iaitu E sudah pun pulang ke rumah. Oh ya, pada mulanya Asrul beranggapan bahawa E tidak akan pulang ke rumah pada malam itu bagi mengelak berlakunya sesi cerekarama yang sedih. Tetapi malangnya (atau mungkin bertuah?) E pulang juga pada malam itu.
Pada awal pagi, Asrul dan Amerju bersiap-siap menanti kedatangan SV dan rakan-rakan untuk mengangkat barang-barang Asrul ke rumah baru di Penara. Ketika itu, Asrul terlihat kasut milik E.
Asrul bertanya, " Beb, dia alek rumah ke? "
Amerju menjawab, " Dia balik ar semalam..."
"Em...Kita kena angkut barang cepat ni beb. Nanti die mengamuk tengok rumah bersepah-sepah..."
"Ape-ape pun jum makan dulu. Lapar ar..."
Asrul dan Amerju pergi makan di kedai mamak bawah rumah. Tapi belum sempat mereka makan, SV menelefon Asrul dan berkata dia dan rakan-rakan sudah sampai. Asrul menyuruh Amerju bersarapan sementara dia menyelesaikan sesi angkut-mengangkut dengan SV dan rakan-rakan. Sesi mengangkut barang berlangsung dengan lancar. Setelah semuanya selesai, Asrul memandang rumah di Kota Damansara itu dengan hati yang bercampur sedih dan gembira. Dia berkata kepada dirinya "Selamat tinggal sayang...". Sebelum dia beredar, dia masuk ke bilik E dan mencium pipinya untuk kali terakhir.
Asrul dan Amerju menaiki bas ke Penara, kerana SV dan rakan-rakan tidak membenarkan mereka menaiki lori bersama. Di atas bas, Asrul berkata kepada dirinya yang dia akan memulakan hidup yang baru dan menjadi free spirit kembali. Tiba-tiba telefon bimbit Nokianya yang buruk berbunyi.
E : Kat ne skunk?
A : Dalam bus. Baru lepas OU.
E : Turun kat Uptown, orang ambik.
A : Ok...
Amerju berkata dia akan terus ke stesen bus untuk membeli tiket dan menyuruh Asrul pergi ke Penara dengan E. Asrul turun dari bus dan menunggu E selama hampir 45 minit. E akhirnya sampai dengan kereta kelisa hitamnya. Asrul masuk ke dalam kereta E dan cuba untuk tidak kelihatan sedih kerana tidak mahu menyambung episod drama yang panjang. Sepanjang perjalanan, Asrul dan E tidak banyak bercakap. Setelah hampir 20 akhirnya mereka sampai di Penara. Aktiviti mengangkat barang-barang Asrul ke rumah baru diselesaikan oleh SV dan rakan-rakan, kerana Asrul telah membayar pakej penghantaran, angkut dan sewa lori sekali gus.
Setelah semuanya selesai, E baring buat pertama kali di Penara. Walaupun Asrul agak hairan dan kekok namun dia membenarkan E untuk berada di penara buat seketika. Tetapi tidak lama kemudian, Amerju pulang dari stesen bas. Asrul mengajak E untuk melepak di kopitiam yang berdekatan. Mereka memesan roti bakar dan kopi yang tidak sedap dan mahal. Ketika itu, E meluahkan perasaannya kepada Asrul. Perasaan itu tidak diluahkan dengan sepenuhnya. Mungkin sudah banyak kali episod drama sedih ini berpanjangan. Mungkin sudah tiba masanya untuk tidak menyambung kembali. Asrul dan E sudah pun mempunyai jambu yang lain. Namun begitu, brunch di kopitiam tersebut merupakan brunch yang menyenangkan setelah sekian lama.
E menghantar Asrul pulang ke rumah barunya semula. Ketika itu Asrul masih berharap agar E tidak pulang. Namun Asrul terpaksa melepaskan E pergi.
Bersambung...

Tuesday, February 17, 2009

Next on Bachelors

Dark K(Night)

Berjayakah Asrul sambil dibantu oleh Amerju memindahkan barang-barang Asrul yang banyak dari Kota Damansara ke Cheras tanpa pengetahuan Mr. Big a.k.a E (Bukan nama sebenar) ?

Bachelors - Ep 1 - Pindah Rumah Baru

Setelah hampir satu semester Amerju, Syamil, Fairuz dan Yus berdrama di rumah mereka di Sentul, mereka membuat keputusan untuk berpindah keluar dari rumah flat bertandas satu itu. Kenapa dan bagaimana mereka boleh berpindah dari Sentul ini tidak perlulah diceritakan dengan lebih lanjut. Ini bagi mengelak berlakunya timbul salah faham antara Y (Bukan nama sebenar) dengan SY (Bukan nama sebenar). Jadi diteruskan dengan perpindahan Amerju & Co ke rumah baru mereka iaitu di Penara, Bandar Sri Permaisuri. Selain dari Amerju & Co berpindah ke penara, mereka disertai oleh dua orang lagi iaitu Nai dan Asrul. Bertarikh 18/12/2008 sesi pertama perpindahan ke rumah baru bermula. Pada hari itu, Amerju, Fairuz dan Syamil serta dibantu oleh Asrul bertungkus-lumus untuk mengangkut kesemua barangan dalam rumah di Sentul dengan gigihnya. Ini kerana Amerju hanya membayar duit lori sahaja, tanpa pekerja-pekerja untuk mengangkut barang-barang yang berat dan banyak itu. Amerju, Fairuz dan Syamil begitu sibuk mengemas saki baki barangan yang masih tidak berbungkus dan dikemaskan sambil diperhatikan oleh Asrul yang menguap beberapa kali. Untuk menghilangkan rasa bosannya, Asrul mengambil sebatang kayu dan mencucuk punggung Amerju,
Fairuz dan Syamil sehingga mereka marah.

Malahan Syamil berkata, "Perbuatan mencucuk punggung orang adalah dilarang..."

Asrul membalas, "Aku peduli apa..."

Telefon slide kesayangan Amerju berbunyi. Pemandu lori bernama SV (Bukan nama sebenar) sudah pun sampai bersama dengan rakan-rakannya. Aktiviti mengangkat barang-barang untuk pindah bermula. Ketika Amerju & Co berpenat-lelah mengangkat barang-barang berat seperti TV Syamil, Gu Zheng Syamil, tilam Syamil, koleksi baju Superman Syamil dan sebagainya, SV dan rakan-rakan hanya memerhatikan kepenatan kami dengan perasaan selamba. Mungkin kerana beliau dan rakan-rakan tidak dibayar cas pengangkutan. Maka wajarlah mereka berbuat bodoh sahaja. Setelah beberapa kali turun naik di flat sambil diperhatikan oleh awek SY yang bernama SM (Bukan nama sebenar), akhirnya Amerju & Co berjaya menyelesaikan tugas sebagai pengangkut barang-barang yang berjaya. Amerju, Syamil dan Asrul mahu menumpang lori tersebut ke rumah baru mereka, tetapi malangnya SV dan rakan-rakan memberikan alasan mereka takut jika polis menahan mereka kerana membawa penumpang di belakang. Mungkin
bimbang jika Amerju, Syamil dan Asrul dicopkan sebagai pendatang asing walaupun muka mereka bertiga lebih kacak dari pelakon Hindustan, Indon dan sewaktu dengannya. Lantas, mereka bertiga mengambil keputusan untuk menaiki LRT STAR sahaja kerana berdekatan dengan rumah baru dan rumah di sentul. Oh ya, Fairuz tidak dapat menemani mereka kerana barang-barang beliau masih belum dikemaskan.

Ketika dalam LRT STAR, Asrul duduk bersebelahan dengan Syamil. Sementara Amerju duduk berhadapan dengan mereka. Bermulalah dialog mesra antara Asrul dan Syamil. Asrul cuba untuk mengenali Syamil dengan lebih dekat, walaupun Syamil memberikan amaran kepada Asrul dengan mengatakan dia adalah ikan jerung yang merbahaya. Tetapi Asrul langsung tidak takut dan menganggap Syamil tidak lebih dari sekadar ikan lumba-lumba yang berwajah comel. Amerju cuba bertindak seperti pelakon tambahan yang menyibuk dalam perbualan mesra antara Asrul dan Syamil. Setelah hampir setengah jam perjalanan, akhirnya trio lelaki kacak itu sampai ke penara. Bermula sekali lagi aktiviti mengangkat barangan seperti TV Syamil, Gu Zheng Syamil, tilam Syamil, koleksi baju Superman Syamil dan sebagainya ke rumah yang baru sambil diperhatikan oleh SV dan rakan-rakan.Pintu rumah penara dibuka dengan rasminya. Amerju, Asrul dan Syamil bergilir-gilir memasukkan barangan seperti TV Syamil, Gu
Zheng Syamil, tilam Syamil, koleksi baju Superman Syamil dan sebagainya ke dalam rumah baru. Apabila selesai, Syamil melihat sebatang kayu tepi tandas.

Dia memandang Asrul dan berkata, "Ini benda yang kau cari kan? Boleh cucuk-cucuk..."

Asrul hanya ketawa sambil memerhatikan sesuatu yang tidak boleh dinyatakan disini kerana takut disensorkan oleh sesetengah golongan masyarakat yang tidak tahu untuk berjenaka dan terlalu serius dengan kehidupan mereka. Dipendekkan cerita, mereka bertiga berjaya mengemaskan rumah. Amerju, Syamil dan Asrul kepenatan. Syamil meminjamkan salah satu dari tilamnya kepada Asrul kerana barang-barang Asrul dari rumahnya di Kota Damansara masih belum diangkut. Mereka bertiga tidur untuk seketika. Masa berlalu dengan pantas. Syamil bersiap-siap untuk pulang ke kampungnya untuk menemui aweknya yang tercinta.

Lantas Syamil berkata kepada Asrul, "Itulah...Baru nak mesra-mesra. Dah nak balik kampung kan? Takpe, nanti buka sem kita jumpa lagi...".

Setelah bersalaman dengan Amerju dan Asrul, Syamil meninggalkan rumah baru mereka untuk menuju ke Taiping.

Asrul memandang Amerju dan berkata, "Apa lagi? Jom kita ke Kota Damansara. Barang-barang aku banyak beb...".

Amerju mengingat kembali betapa banyaknya barang Asrul di Kota Damansara ketika dia berkunjung ke rumah Asrul dulu. Amerju turut pening apabila mengingatkan betapa jauhnya dan bosannya perjalanan ke Kota Damansara dari Cheras dengan menaiki bas. Asrul pula berharap-harap agar teman serumahnya a.k.a Mr. Big atau E (Bukan nama sebenar) atau turut dikenali on-and-off kekasih gelap tidak ada di rumah supaya aktiviti perpindahan barang-barang berlaku dengan cemerlangnya.

Bersambung...

Bachelors - Pengenalan

Tajuk : Bachelors

Mengisahkan enam orang yang berlainan karekter tinggal bersama dalam sebuah rumah flat yang sempit.

Watak-Watak

Amerju - 27, pelajar muzik, suka dengar muzik dan cerita drama Indon, suka games, abang long dalam rumah, suka main gitar

Yus - 23, pelajar penulisan, ada koleksi buku yang banyak, papa dalam rumah, menyukai seorang gadis penulisan bernama M (Bukan nama sebenar)

Fairuz - 23, pelajar penulisan, penulis skrip kontroversi, suka melekat dengan kesayangan beliau B (Bukan nama sebenar)

Syamil - 22, pelajar muzik, suka Faizal Tahir dan "S", adik bongsu dalam rumah, main Gu Zheng, suka buat muka comel dan suka kacau orang pada waktu malam sebelum tidur

Nai - 22, pelajar muzik, suka menyanyi dan berimpian untuk menjadi penyanyi, berperangai selamba dan gila-gila, diberikan gelaran mama sebab pandai masak dan mengambil berat terhadap "anak-anaknya"

Asrul - 24, pelajar penulisan, mempunyai kekasih bernama E (Bukan nama sebenar), suka kumpul figura aksi, komik dan kasut, free-spirit, suka buat cerita kanak-kanak dan suka main perut dan cubit pipi Syamil ketika pagi sebelum pergi kelas.